ketrampilan membaca

Selasa, 21 Mei 2013

kefahaman membaca

PENGENALAN
Menurut seorang pakar membaca, Katherine Maria (1990), kefahaman membaca didefinisikan sebagai satu proses yang holistik atau menyeluruh yang melahirkan makna dari teks bertulis menerusi gabungan faktor-faktor seperti pengetahuan sedia ada pembaca, penafsiran pemahaman pembaca terhadap apa yang dibaca dan situasi ketika membaca teks.Para pendidik dapat meningkatkan kefahaman murid dengan pelbagai teknik pengajaran yang berkesan. Teknik-teknik mengajar kefahaman membaca ini berfungsi untuk membimbing murid ke arah pemahaman teks yang dibaca. Lazimnya terdapat 3 peringkat dalam proses mengajar kefahaman membaca iaitu peringkat pramembaca, sewaktu membaca dan pasca membaca.
Menurut Beyer (1985), pemikiran kritikal adalah kebolehan manusia untuk membentuk konsep, memberi sebab atau membuat penentuan. Pascarella dan Terenzini (1991, 2005) pula mendefinisikan pemikiran kritikal sebagai kebolehan individu untuk melakukan perkara-perkara berikut: mengenalpasti isu-isu utama dan membuat andaian untuk dibahaskan, mengenalpasti hubungan penting berkaitan isu-isu yang dibincangkan, membuat inferensi dan rumusan yang tepat daripada maklumat dan data yang ada, dan seterusnya menginterpretasi kesimpulan serta menilai bukti. Manakala Marlina dan Shaharom (2007) mendefinisikan kemahiran berfikir kritis sebagai kecekapan atau keupayaan menggunakan minda untuk menilai kemunasabahan dan kewajaran sesuatu idea, meneliti kebernasan, kebaikan dan kelemahan sesuatu hujah dan membuat pertimbangan yang wajar dengan menggunakan alasan dan bukti yang munasabah. 
Secara umumnya, teknik mengajar kefahaman membaca dan berfikir secara kritikal adalahmerupakanasas yang digunakan oleh tenaga pengajar dalam menjalankan pembelajaran dan pengajaran (P&P)didalam kelas. Melalui teknik ini seseorang guru akan memilih beberapa kaedah untuk proses pengajaran antaranya pengajaran eksplisit, terap imej, dialog dan juga berfikir bersuara. Teknik yang digunakan juga haruslah bersesuaian dengan bahan yang dibincangkan.

i) Maksud
Pengajaran eksplisit 
Pengajaran eksplisit juga dikenali sebagai strategi pemusatan guru.Pengajaran eksplisit melibatkan persembahan bahan pengajaran lebih ringkas.Maksud yang terkandung di dalam sesebuah pembelajaran adalah jelas, padat, terang, tegas dan positif.Strategi pengajaran ini sangat berkesan apabila matlamat guru adalah untuk memberikan atau menyampaikan maklumat, mengajarkan prosedur (SOP), dan membina kemahiran langkah demi langkah. Pengajaran eksplisita dalah salah satu daripada kaedah pengajaran secara terus terang.
Berfikir bersuara
Kemahiran berfikir bersuara merupakan salah satu kaedah yang digunakan dalam proses pengajaran dan pengajaran (P&P). Kemahiran berfikir bersuara didefinisikan sebagai satu proses yang kompleks yang berlaku dalam minda seseorang kemudian diluahkan melalui percakapan dan pertuturan.
Terap imej
Penerapan imej adalah satu kaedah yang digunakan untuk menggambarkan dan memudahkan corak pemikiran. Antara contoh imej ialah dalam bentuk grafik seperti peta minda, graf, carta alir, jadual, dan sebagainya lagi. Imej juga dapat menggambarkan perhubungan, perkaitan fakta, idea utama dan sebagainya lagi bagi memudahkan pemahaman dan pengurusan pemikiran.
Dialog
Dialog merupakan satu teknik percakapan atau pertuturan antara individu dengan individu lain iaitu melibatkan dua pihak. Melalui teknik ini juga maka terhasilnya interaksi yang merangkumi pandangan, pendapat, buah fikiran dan sebagainya lagi.


ii) Mengapakah ia dilaksanakan dalam sesuatu P&P bacaan
Bilik darjah adalah merupakan tempat dimana berlakunya proses pengajaran dan pembelajaran dalam interaksi antara guru dan murid-murid. Melalui pendidikan zaman ini, sekolah cemerlang lahir daripada bilik darjah yang dinamik. Oleh itu sebuah bilik darjah yang dinamik boleh ditakrifkan sebagai bilik darjah yang bertenaga dan mampu menggerakkan organisasinya untuk menjalani proses pengajaran dan pembelajaran (P&P) secara formal dengan penuh minat, memberangsangkan, aktif dan mencapai objektif. Interaksi pula merupakan satu proses yang saling bertindak antara individu dengan pihak atau individu lain dengan pihak atau individu lain dengan alam sekitarnya. Interaksi dalam bilik darjah boleh berlaku secara lisan dan bukan lisan. Oleh itu terdapat empat jenis teknik yang boleh dilaksanakan oleh guru dalam proses pengajaran dan pembelajaran (P&P) di dalam bilik darjah iaitu teknik pengajaran eksplisit, berfikir bersuara, terap imej dan teknik dialog.
i Teknik pengajaran eksplisit 
Pengajaran ekplisit adalah salah satu daripada kaedah pengajaran secara langsung. Melalui persembahan bahan pengajaran yang ringkas pelajar akan lebih mudah memahami sesuatu bahan pengajaran yang diberikan.Tujuan utamapengajaran eksplisit dilaksanakan kerana mampu merangsang minda pelajar untuk lebih cepat berfikir.Hal ini demikian kerana guru hanyalah menceritakan idea-idea utama atau kata kunci dalam sesuatu bahan pengajaran.Oleh itu, sebagai pelajar mereka dapat meningkatkan kemahiran belajar melalui pencarian bahan dan menimba ilmu menerusi bacaan yang lebih meluas. Hal ini secara tidak langsung pelajar dapat mengukuhkan aktiviti keilmuan menerusi pembacaan yang luas dengan merujuk pelbagai sumber seperti majalah Dewan Bahasa, surat khabar, Pelita Bahasa, Dewan Masyarakat dan sebagainya lagi.
Seterusnya,  teknik pengajaran ekplisit juga  mampu malahirkan pelajar yang mempunyai semangat inkuiri yang tinggi. Mereka dapat membina kecekapan berfikir secara kritis dan analitis dalam memikirkan topik-topik yang dibincangkan dalam proses pengajaran dan pembelajaran (P&P) di dalam kelas. Sebagai contoh pemikiran kritis  seperti proses menganalisis dan menilai idea, data atau maklumat untuk kefahaman yang jelas, kukuh dan bermakna. Oleh itu, pelajar dapat mengaplikasikan teknik pemikiran kritis ini di dalam proses pengajaran supaya percambahan idea dapat berlaku seiring dengan topik yang dibincangkan oleh guru.
Selain itu, teknik pengajaran eksplisit juga membantu membentuk sikap suka membaca. Penguasaan dalam pembacaan akan melengkapkan kewujudan individu sebagai seorang pelajaryang mempunyai nilai yang tinggi dalam masyarakatnya. Hal ini demikian kerana keupayaan membaca dapat digunakan bagi melibatkan diri dalam pengurusan hidup dan penghasilan sumber manusia yang berkualiti. Individu yang dapat mengusai pembacaan merupakan aset yang amat berharga bagi sesuatu masyarakat dalam melahirkan idea yang lebih bernas. Kemahiran membaca bukan sahaja mampu melahirkan pelajar yang fasih berbahasa tetapi juga mampu
ii Teknik berfikir bersuara
Teknik berfikir bersuara sangat penting dan memberikan kesan mendalam kepada proses pengajaran pembelajaran khususnya dalam dunia yang serba mencabar dan berteknologi tinggi dan kepelbagaian budaya. Guru seharusnya memahami iklim di dalam bilik darjah. Menurut Rajendran dalam bukunya HOTS menyatakan bahawa kanak-kanak mempunyai perbezaan atara satu sama lain, begitu juga dengan bilik darjah. Oleh yang demikian, pertimbangan tertentu haruslah dibuat sebelum proses berfikir dapat dilaksanakan. Teknik berfikir secara umumnya, memudahkan para guru menilai sejauhmana kefahaman pelajar terhadap sesuatu topik atau  pangajaran yang diajar. Kefahaman pelajar terhadap sesuatu pengajaran yang diajar oleh guru sangat penting bagi mengetahui sejauhmana tahap pemikiran mereka. Tahap pemikiran pelajar harus dinilai untuk mengetahui keupayaan mereka berfikir. Teknik ini juga dapat melahirkan pelajar yang berfikiran kritis dan kreatif. Pemikiran seperti ini memudahkan murid mencerap sesuatu data atau maklumat kemudian diproses dalam minda dan akhirnya dikeluarkan semula dalam berbagai bentuk. Pelajar juga akan bertindak lebih aktif di dalam bilik darjah mereka diberi kebebasan berfikir dan seterusnya menyuarakan pandangan mereka terhadap isu atau topik  yang dibincangkan. Mereka bebas untuk menyuarakan pandangan dan pendapat masing-masing dan dipantau oleh guru.

  iii Teknik terap imej
Penggunaan penerapan imej dalam proses pengajaran dan pembelajaran (P&P) amat memberi kesan kepada minda pelajar. Penggunaan teknik penerapan imej turut melibatkan pengalaman deria pelajar seperti penglihatan dan pendengaran.Teknik ini bertujuan bagi menyampaikan segala maklumat yang disampaikan oleh gurudapat diterima dan diserap semaksimum mungkin oleh pelajar. Teknik penerapan imej juga merupakan salah satu daripada alat bantu mengajar yang mempunyai nilai komunikasi yang tinggi dalam membantu pelajar memperolehi pengalaman belajar yang berfaedah. Oleh yang demikian pelajar dapat mengembangkan sikap ilmiah, sikap sosial, kemantapan emosi dan daya penghargaan.
Selain itu, teknik ini juga dapat membantu merangsang keinginan untuk belajar.Hal ini dapat dibuktikan apabila pelajar lebih berminat dan peka terhadap rangsangan berbentuk imej berbanding dalam bentuk penulisan. Rangsangan berbentuk imej ini menjadi satu daya penarik dalam mempercepatkan lagi proses pemahaman. Oleh itu proses pengajaran dan pembelajaran (P&P) di dalam bilik darjah akan menjadi lebih kondusif. Melalui aspek ini para guru haruslah memainkan peranan yang penting dengan mempelbagaikan paparan imej agar pembelajaran lebih menyeronokkan, aktif dan lebih bertenaga.
Selanjutnya,  teknik penerapan imej ini juga dapat meningkatkan daya ingatan pelajar untuk mengingati sesuatu konsep atau idea yang sukar untuk difahami seperti tahun, nama orang, tempat, peristiwa dan sebagainya. Hal ini demikian kerana teknik ini banyak menggunakan bentuk grafik seperti peta minda, carta, jadual, graf dan sebagainya. Justeru, menurut Morris dan Maisto (2002)tanpa rangsangan, sesuatu data atau maklumat itu akan hilang disebabkan oleh masa, gangguan serta kemasukan data baru bagi menggantikan data lama yang tidak diproses. Selain itu, menurut Lohr (2003), rangsangan dalam bentuk visual memerlukan eye candy dan flash iaitu apa yang dapat ditangkap oleh mata ketika memandang sesuatu objek.Justeru, semua rangsangan ini menjadi daya penarik kepada pelajar terhadap sesuatu pembelajaran itu.
  iv Teknik Dialog
Teknik dialog dilaksanakan dalam proses pengajaran dan pembelajaran (P&P) bacaan kerana teknik inimengutamakan  bentuk penulisan dialog dan naratif. Sebagai contoh dalam bentuk penulisan dialog akan mudah dikuasai berdasarkan interaksi sosial. Interaksi ini merupakansatu proses saling bertindak yang berlaku di antara sekurang-kurangnya dua pihak. Istilah dua pihak ini bermaksud sama ada  merupakanorang perseorangan ataupun sekumpulan manusia. Proses interaksi ini dapat dibahagikan kepada tiga iaituinteraksi sehala atau tradisional, interaksi dua hala dan interaksi pelbagai hala. Namun teknik dialog ini hanya melibatkan interaksi antara dua orang individu iaitu sama ada antara guru dengan pelajar atau antara pelajar dengan pelajar. Hal ini keranainteraksi dalam bilik darjah menjadi sehala kerana guru mengawal segala P&P yang berlaku di dalam kelas.Ciri-ciri interaksi sehala ini ialah seperti corak interaksi bilik darjah ditentukan oleh guru kelas dan murid terlibat dalam P&P secara aktif.
Selain itu, faktor lain teknik ini perlu dilaksanakan kerana pengetahuan pelajar dapat  diketahui secara oral berbanding melalui pembacaan. Perkara-perkara yang diketahui secara oral iaitu berdasarkan interaksi mereka dengan orang lain perlu ditekankan apabila guru memilih tajuk atau perkara yang akan ditulis. Pengetahuan secara oral ini akan memudahkan pelajar meniru atau mendapat idea secara bebas. Melalui teknik ini jugasama ada guru dengan pelajar atau pelajar dengan pelajar akan memilih topik-topik yang sesuai untuk dibincangkan. Misalnya hal-hal semasa, pelajaran yang lepas dan sebagainya dapat merangsang dialog antara pelajar. Pelajar perlu mengambil peranan masing-masing ketika sesi dialog dilakukan. Dialog sebolehnya dilakukan dengan lancar tanpa ada ruang kosong atau gangguan. Pelajar berdialog tanpa perasaan takutdan malu dan perlu merasa yakin dan bebas mengeluarkan pendapat.
Seterusnya, sebagai satu teknik pengajaran dan pembelajaran, teknik dialog amat berguna kerana dapat melatih pelajar dalam kemahiran interaksi sosial selain meningkatkan penguasaan bahasa mereka dengan lebih baik. Teknik dialog juga akan menggalakkan dan mengembangkan pemikiran yang jelas, menggalakkan kerja sama, kemahiran berkomunikasi dan perkembangan diri yang positif. Idea-idea atau isi-isi penting yang diperolehi dalam sesi dialog dapat dijadikan bahan yang berguna dalam tulisan pelajar. Di samping itu juga, dialog dapat memahirkan kecekapan seseorang dalam membina soalan yang bernas dan berkesan untuk merangsang tindak balas yang tepat dan sesuai. Aktiviti dialog juga melatih pelajar supaya menjadi pendengar yang berdisiplin. Melalui interaksi berdialog, pelajar dapat menambah ilmu pengetahuan bagi mempertingkatkan daya intelektual dan melahirkan pelajar berfikiran terbuka dan berusaha untuk menghormati pendapat orang lain.


Kalau Anda Suka Entry Ini Like dan Comment

Rancangan intruksional

UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS

REKA BENTUK KURIKULUM KURSUS DAN RANCANGAN INSTRUKSIONAL

Fakulti : Fakulti Bahasa
Jabatan : Jabatan Bahasa Melayu
Semester : 2
Sesi : 2012/13
Nama Kursus : Keterampilan Membaca

Kod Kursus BMK 3033

Jam Kredit : 3
Prasyarat : Tiada

(Bagi kursus dengan prasyarat, pelajar mestilah telah menduduki atau menduduki dan lulus berdasarkan syarat yang ditetapkan oleh fakulti/pusat)

MAKLUMAT PENSYARAH: 

Nama : Dr. Hj. Mohd Rashid Md Idris
E-mail : rashid@fbk.upsi.edu.my
Nombor Telefon : 05-4505382
No.bilik : FBK3-7, Bangunan FBK

     SINOPSIS KURSUS               
Kursus ini bertujuan menyampaikan pengetahuan tentang definisi, konsep, jenis, prinsip, strategi dan proses membaca. Fokus diberikan kepada proses dan aplikasi untuk menguasai maklumat. Seterusnya kursus ini juga memberikan penekanan kepada mengajar strategi kemahiran membaca di sekolah.
 HASIL PEMBELAJARAN 

Mengaplikasi prinsip dan teknik membaca berkesan bagi menguasai pelbagai bidang ilmu; C4, P4, CS2, LS2, TS3

Meningkatkan keupayaan mendapatkan ilmu melalui keterampilan membaca; LL2, CS2,

Menjustifikasi kepentingan menggunakan teknik pembacaan yang berkesan; C6, CTPS3, CS3, TS3, EM2

Menjadikan pembacaan sebagai budaya hidup berterusan. LL2 , TS3, P7

 RUJUKAN UTAMA             
Dahlia Janan. (2005) Pemilihan Bahan Bacaan Bahasa Melayu. Prosiding Persidangan    Serantau Pendidikan Bahasa Melayu. Pusat Pengajian Ilmu Pendidikan. USM

Mahzan Arshad (2003) Pendidikan literasi Bahasa Melayu: Satu pendekatan bersepadu. Kuala Lumpur: Utusan Publications and Distributors
Mahzan Arshad (2008) Pendidikan literasi Bahasa Melayu: Strategi perancangan dan pelaksanaan. Kuala Lumpur: Utusan Publications and Distributors
Harrison, C. (2004). Understanding reading development. London: Sage Publication Ltd.
Scientific Learning Corporation (SCL) (2000). Fast forward reading: Why it works. Oaukland, CA: Author.
Sousa, D. A. (2005). How the brain learns to read. California: Corwin Press.
Tierney, R.J. & Readance, J.E. Reading strategies and practices.


RUJUKAN TAMBAHAN   
  
Barchers, S.I. (1998). Teaching reading: From process to practice. Belmont,CA. : Wadsworth Publishing Company.
Catts, H.W.  & Kamhi, A.G. (2005). Language and reading disabilities (2nd. Edition).  Boston, M.A.: Allyn and Bacon.
Ruddell, R.B. & Unrau, N.J. (Ed.) (2004). Theoretical models and processes of reading (5th. Edition). Newark, DE : Reading Association.
KAEDAH PENGAJARAN 

Kuliah 
Tutorial (Perbincangan dan pembentangan)  Pembelajaran Berasaskan Projek (Project Based Learning)

KAEDAH PENERAPAN KI    :
AKTIVITI / KI
KOM
KBPM
PBPM
PSK
PIM
ETIK
KU
Menulis Esei



Ujian





Persembahan



Petunjuk :
KOM – Kemahiran Berkomunikasi
KBPM – Kemahiran Berfikir dan Penyelesaian Masalah
PBPM – Kemahiran Pembelajaran Berterusan dan Pengurusan Maklumat
PSK – Kemahiran Kerja Berpasukan
PIM – Kemahiran Kepimpinan
ETIK – Etika Profesional
KU – Kemahiran Keusahawanan


PENILAIAN PRESTASI PELAJARAN
Tugasan 1 - Kerja kursus (Berpasangan) 20%  
 Tugasan 2 -Kerja kursus & Pembentangan (Kumpulan)  30%, Kuiz 10%, Peperiksaan akhir  40%

Jumlah   100%



PENGGREDAN KI :
SKALA
KRITERIA
5
Menguasai ciri-ciri KI berkenaan pada tahap cemerlang
4
Menguasai ciri-ciri KI berkenaan pada tahap baik
3
Menguasai ciri-ciri KI berkenaan pada tahap memuaskan
2
Menguasai ciri-ciri KI berkenaan pada tahap minimum
1
Lemah dan perlu diperbaiki








Kalau Anda Suka Entry Ini Like dan Comment

Moto blog




Kalau Anda Suka Entry Ini Like dan Comment

objektif blog

 Mengenalpasti bagaimana pemilihan bahan bacaan yang sesuai digunakan untuk semua peringkat umur
Mengenalpasti alat bantu mengajar yang perlu digunakan semasa proses pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas
Mengetahuai pemilihan pendekatan  dalam mengajar membaca yang sesuai untuk diajar kepada pelajar mengikut peringkat sama ada sekolah rendah mahupun sekolah menengah

Mencapai sasaran untuk mendedahkan segala maklumat mengenai ketrampilan membaca kepada umum

 Mengharapkan agar blog ini dapat memberi manfaat kepada semua berkaitan ilmu ketrampilan membaca

Kalau Anda Suka Entry Ini Like dan Comment