Pengajaran secara kelas adalah lebih berkesan kepada guru dan pelajar
Pengajaran berkumpulan sesuai untuk pengajaran teknik bercerita, membuat aktiviti seni yang dikaitkan dengan bercerita dan mengajar pelbagai kemahiran belajar seperti membaca peta, graf, gambar rajah dan carta
Kumpulan Kecil
Kajian oleh National Reading Research Center- pelajar pada tahap sederhana di sekolah tinggi lebih menyukai kumpulan kecil dilaksanakan di dalam kelas
Kelebihan bagi kaedah ini kerana dapat menambah peluang mendapatkan maklum balas
Menggalakakn motivasi kerana mereka meletakkan pelajaran dalam latar sosial yang sesuai
Kumpulan Berpasangan
Benton, Belk dan Holofied (1994)- pelajar yang berprestasi tinggi dipasangkan dengan pelajar berprestasi rendah bagi semua aktiviti membaca
Kajian menunjukkan pembacaan secara berpasangan dapat memotivasikan pelajar
Leal (1993) menyatakan-pelajar bertanggungjawab semasa perbincangan, berkongsi pengalaman dan latar belakang dengan pelajar lain
Pelajar juga dapat bertukar-tukar pendapat dan memberi pandangan mengenai topik yang dibincangkan
Kumpulan Berkemahiran
Dibentuk berdasarkan kemahiran tertentu yang perlu dikuasai
Melalui kemahiran membaca pelajar perlu menguasai kemahiran tertentu seperti membaca bagi mendapatkan maklumat
Kumpulan Minat
Kumpulan minat dibentuk berdasarkan minat yang sama
Kerjasama dalam kalangan ahli dapat meningkatkan motivasi dan kepuasan kendiri
Kumpulan Penyelidikan
Kumpulan ini dibentuk bagi menjalankan penyelidikan tertentu dalam kumpulan minat yang sama
Kumpulan penyelidikan-pelajar mengumpul, mengorganisasi dan membuat sintaksis maklumat daripada pelbagai sumber
Contoh: laporan lisan, laporan bertulis, aktiviti keseniaan, lakonan
Kumpulan Koperatif
Kumpulan ini mempunyai potensi meningkatkan pencapaian akademik
Pelajar berpeluang menyatakan perkara yang dipelajari, mengaplikasi dan menguatkan pemikiran kritis dan penyelesaian masalah, membincangkan pro dan kontranya sesuatu idea, menerima bimbingan dan pembelajaran objektif pelajaran
Johnson dan Johson (1996), mendapati kerjasama antara pelajar menjana kesan positif ke atas pemikiran kritis
Kumpulan Kebolehan
Merujuk kepada pencapaian semasa berbanding pencapaian potensi
Kebolehan digunakan bagi memberangsangkan kemampuan intelektual
0 ulasan:
Catat Ulasan