ketrampilan membaca: Masalah belajar

Isnin, 6 Mei 2013

Masalah belajar

 
Masalah bacaan yang dihadapi oleh kanak-kanak dapat dilihat melalui aktiviti bacaan nyaring, manakala aktiviti bacaan senyap hanya dapat dilihat melalui aspek bacaan kefahaman.Antara masalah bacaan yang dihadapi oleh kanak-kanak adalah seperti berikut:

membuang/meninggalkan (omission)

Bunyi huruf, perkataan, dan imbuhan  
  ditinggalkan ketika membaca, misalnya 
  "buah" disebut "uah", "kering" disebut 
  "kerin". Perkataan dalam ayat juga kerap 
   ditinggalkan semasa membaca, seperti;
"Buku itu sangat tebal" dibaca sebagai "Buku itu tebal".

Ulangan (repetition)

Mengulang-ulang perkataan atau suku kata 
  semasa membaca dan perbuatan 
  mengulang ini bukan disebabkan oleh 
  masalah gagap

Gantian (substitute)

Menggantikan huruf atau perkataan dalam 
  ayat yang dibaca, misalnya "ladang" disebut 
  "lalang" Manakala terdapat perkataan yang 
  digantikan dengan perkataan lain sehingga 
  boleh mengubah maksud ayat.

Tambahan (insertion)

Bunyi huruf atau perkataan ditambah 
  semasa membaca, misalnya"buah" disebut 
  "buwah". Manakala penambahan perkataan 
  berlaku seperti berikut;
"Saya suka makan rojak." dibaca sebagai  
  "Saya sangat suka makan rojak."

 Pembalikan (reversals)

Huruf, perkataan, atau frasa dibaca secara 
   terbalik atau songsang.Contoh ;
"Bala" disebut "laba", manakala pembalikan 
   perkataan dalam ayat berlaku apabila 
   perkataan diubah kedudukannya, contoh: 
  "Dia makan nasi" dibaca sebagai "Dia nasi 
   makan", dan begitu juga dengan  
   pembalikan frasa

Tidak kenal huruf

Masalah tidak kenal huruf merupakan 
  punca utama kebanyakan kanak- kanak 
  gagal membaca dengan baik. Keadaan ini    
  menyebabkan kanak- kanak akan menyebut 
  sesuatu huruf sesuka hati atau dengan 
  meneka sahaja dan menjadikan perkataan 
  itu tidak bermakna atau berlainan makna.

Salah sebutan

Salah sebutan terjadi akibat kanak-kanak  
   tidak mengenal huruf atau tidak tahu 
   membunyikan sesuatu huruf sehingga 
   sesuatu perkataan tidak bermakna lagi 
   dalam konteks ayat berkenaan.

Kesalahan-kesalahan di atas boleh mengubah makna perkataan atau ayat yang dibaca dan perlu diberi perhatian oleh guru untuk mengatasinya. 
Selain itu, guru juga perlu memerhati tingkah laku yang ditunjukkan semasa murid membaca yang boleh menunjukkan murid itu bermasalah dalam bacaan. 
Antara tingkah laku yang kerap ditunjukkan adalah seperti berikut:

membatang suku kata terlebih dahulu 
 sebelum dapat menyebut seluruh perkataan.

bacaan tersekat-sekat iaitu perkataan demi 
  perkataan dan tidak lancar.

teragak-agak (hesitation) bermaksud  
  berhenti sejenak sebelum menyebut.

sesuatu perkataan ketika membaca 
 disebabkan kanak-kanak tidak pasti akan 
 bacaannya.

membaca terlampau cepat atau gopoh 
 tanpa menghiraukan tanda bacaan.

membaca terlampau lambat atau 
  merangkak-rangkak.

menunjuk perkataan dengan jari ketika 
  membaca.

tingkah laku yang tidak selesa seperti    
  mengejip-ngejip mata, mengerut dahi,  
  menggeleng kepada, dan sebagainya.

Suara terlalu perlahan dan tidak jelas atau 
  ”blurring”.
kedudukan mata terlalu dekat dengan 
  bahan bacaan.
cuba mengelak daripada aktiviti membaca.
tidak boleh membaca langsung.

Selain masalah bacaan nyaring, kanak-kanak juga menghadapi masalah memahami apa yang dibaca. 
Masalah tidak memahami isi bahan bacaan tentu akan mengganggu proses pembelajaran murid berkenaan. 
Guru dapat mengesan masalah memaham di kalangan muridnya berdasarkan pemerhatian dan juga melalui aktiviti-aktiviti soal jawab, kuiz, menceritakan semula, merumus petikan, dan sebagainya. Antara masalah dalam kefahaman bacaan adalah:

gagal memahami maksud perkataan dan frasa yang berkaitan dengan  waktu seperti selepas,        
       sudah, sebelum, pagi, sekejap, dan sebagainya.

 tidak memahami maksud perkataan dalam pelbagai situasi, misalnya dalam ayat “Panjatlah             
       lagi pokok itu.” yang bermaksud melarang seseorang daripada memanjat pokok.

 gagal memahami atau membuat urutan idea atau peristiwa yang terdapat dalam bahan   
       bacaan terutamanya apabila diminta menceritakan semula petikan yang dibaca.

 lambat memberi tindak balas terutamanya apabila tidak memahami arahan yang dibaca.

gagal menghubungkan sebab dan akibat dalam bahan bacaan yang dibaca.

 tidak dapat mengenal pasti perkara yang tidak munasabah (absurdities) dalam bahan yang dibaca.

 tidak dapat mentafsir atau menggunakan carta, graf, peta, rajah, dan sebagainya dalam buku.

Masalah pemahaman bacaan akan menjejas pencapaian dalam pelajaran secara keseluruhannya sama ada di sekolah rendah atau di sekolah menengah. 
Masalah pemahaman kanak-kanak boleh diatasi melalui beberapa aktiviti pengajaran yang boleh merangsang pemahaman mereka terhadap bahan yang dibaca. 
Antaranya adalah seperti melatih mereka membuat pemetaan semantik atau peta konsep, carta alir terutamanya untuk melatih membuat urutan peristiwa, membuat carta organisasi, menggunakan kamus untuk mendapatkan makna perkataan, dan yang paling penting adalah melalui teknik penyoalan seperti teknik soalan 5WH (what, who, where, when,why, dan how).
   
 
 
 


Kalau Anda Suka Entry Ini Like dan Comment

0 ulasan:

Catat Ulasan