ketrampilan membaca: Teori Membaca

Selasa, 14 Mei 2013

Teori Membaca

Teori membaca dapat menggambarkan proses membaca sama ada pada peringkat rendah mahupun pada tahap yang lebih tinggi. Teori ini telah dikemukakan oleh beberapa ahli dalam bidang membaca dan sering dirujuk bagi menunjukkan proses dalam pembacaan itu sendiri.














Teori pemindahan maklumat

dikemukakan oleh La Berge and Samuel (1985) dan Gough
      (1985)
dipengaruhi oleh psikologi kognitif 
mengandaikan bahawa membaca sebagai proses mengenali 
      huruf demi huruf dan perkataan demi perkataan
percaya bahawa pembaca berinteraksi dengan teks untuk 
      mendapatkan makna daripada teks yang dibaca
aktiviti membaca bertujuan untuk membentuk peningkatan 
      kebolehan pembaca memindahkan maklumat daripada teks
pembaca yang baik =efisien ketika memindahkan maklumat

Teori pembacaan secara automatik

dikemukakan oleh La Berger dan Samuel (1974)
menganggap wujudnya perkembangan dalam penguasaan 
      kemahiran membaca secara automatik
sub komponen dalam kemahiran membaca seperti 
      pengecaman huruf dan seterusnya pengecaman perkataan 
      yang dikuasai secara automatik melalui latihan
meramalkan hubungan yang positif antara kemahiran 
      pemahaman membaca teks secara automatik dengan latihan 
      yang dijalankan
pembaca yang mempunyai kemahiran membaca secara 
      automatik berkeupayaan dalam pengawalan teks, 
      mempunyai banyak sumber dan mendapat lebih pemahaman

Teori kecekapan Verbal

 diperkenalkan oleh Perfetti (1985: 1988)
menekankan kemahiran membaca secara automatik dengan 
      memperluaskannya melangkaui proses mentafsirkan kod
berkaitan dengan resolusi anafora, membuat kenyataan
      atau cadangan dan aktiviti yang berkaitan dengan ingatan 
      dan strategi meta kognitif
berdasarkan kapasiti tanggapan bagi sesuatu pemerhatian, 
     merujuk pada perhatian dan sumber ingatan yang terhad 
     pada diri pembaca 










 
Model atas ke bawah (top-down model)

tokoh model ini: goodman (1967,1970) dan smith 
     (1971,1978)
berasakan teori psikolinguistik
dikenali sebagai "dalam ke luar", "berpandukan konsep", 
      dan "keseluruhan ke bahagian"
model ini melihat kegiatan membaca bersifat linear tetapi 
      bergerak dari atas ke bawah.
teknik atau kaedah bacaan yang dihasilkan bersandarkan 
      pengalaman dan pengetahuan sedia ada pembaca 
      sambil mengetahui tujuan ia membaca dan pada 
      akhirnyapembaca mencapai kefahaman terhadap bahan.
Model bawah ke atas(bottom-up model)

tokoh utama teori ini : Gough (1972, 1985)
menyatakan individu memulakan proses membaca apabila 
      matanya mengenal pasti maklumat visual yang tertera 
      dalam teks yang dibaca melalui satusiri perlakuan yang 
      berurutan
pemprosesan membaca bergerak secara linear
  • mengecam huruf
  • mengekodkan pada tahap fonem
  • mengecam perkataan-perkataan
  • membentuk hubungan sintaksis dan semantik   
 bagi memahami atau menginterprestasikan sesebuah ayat, 
      pembaca perlu memproses huruf, perkataan, frasa, klausa 
      dan ayat secara berurutan bagi mendapatkan makna teks

dalam model ini, pembaca perlu :


Model membaca interaktif

 model tokoh ini: Rumelhart (1997) dan 
     Stanovich (1980)
berasaskan teori pembelajaran kognitif
Teori membaca secara interaktif merupakan kombinasi 
      pemahaman antara model top-down dan bottom-up
Proses interaktif seseorang pembaca terhadap bahan 
      bacaan yang dibaca adalah merupakan suatu proses 
      kawalan yang digunakan secara interaktif antara 
      pembaca dengan bahan bacaan tersebut


                             









 

Kalau Anda Suka Entry Ini Like dan Comment

1 ulasan :

  1. satu perkongsian yang menarik..mungkin admin boleh kongsi sedikit huraian untuk setiap satu point peta minda tersebut :)

    BalasPadam