ketrampilan membaca: Pendekatan Dalam Mengajar Membaca

Rabu, 15 Mei 2013

Pendekatan Dalam Mengajar Membaca



Pendekatan Asas Membaca  
  • Menekankan kesinambungan pengulangan dan mengulangkaji perkara yang sudah diajar sebelumnya.  
  • Penambahan maklumat kepada perkara yang dapat membantu terhadap penguasaan kemahiran membaca  
  •  Pola perbendaharaan kata dan ejaan perlu diperkenal dalam gaya yang sistematik
 Kaedah Pengajaran Membaca Asas  
  • Perlu dikuasai terutama pada peringkat awal penguasaan kemahiran membaca  
  • Guru perlu memikirkan kebolehan pelajar serta pengalaman membaca terdahulu
 Pendekatan Teknologikal  
  • Tujuan utama pendekatan ini adalah keupayaan guru menghasilkan pengajaran secara berurutan  
  • Menekankan perkara yang dirasai oleh pancaindera
  • pendekatan ini dilabel sebagai:
           Sistem membaca berdasarkan objektif
          Program berdasarkan kriteria
          Membaca berdasarkan kecekapan
           Sistem pengurusan kemahiran
           Membaca perspektif diagnostik

 Bahan dan kandungan
4 komponen objektif tingkah laku, ujian kriteria bagi setiap   objektif, strategi pengajaran, sistem penyimpanan rekod

Pendekatan Pengalaman Bahasa  
  • Pendekatan ini digunakan kepada pelajar yang mempunyai perbezaan linguistik  
  • Lewis (1990), kelebihan pendekatan ini-mencerminkan penguasaan sintaksis, penggunaan kata dengan menggunakan bahan bacaan berdasarkan bahasa dan pengalaman pelajar, menggabungkan penulisan dalam mencipta cerita daripada pengalaman individu mahupun kumpulan
Pendekatan Membaca Individu  
  • Penekanan diberikan kepada:  
  • Tahap yang berbeza dalam pembacaan setiap individu   
  • Pelajar memilih bahan bacaannya dan mengaitkan dengan keperluan, minat dan keupayaan.  
  • Guru membantu cara memilih buku dengan cara pengiringan dan muka surat contoh serta menerangkan kesukaran dalam membacanya
Pendekatan Bahasa Bersepadu (berdasarkan Falsafah Bahasa Menyeluruh)  
  • Ciri utama pendekatan ini penggunaan teori utama yang menekankan pemerolehan bahasa kedua dan membina kekuatan linguistik pelajar  
  • selain itu, ciri utama lain ialah pelajar membaca dengan tujuan mendapatkan maklumat serta cara menggunakan maklumat tersebut   
  • Pengajaran bahasa secara bersepadu adalah bagi membina dan meningkatkan pengetahuan asas pelajar   
  • Pelajar berkongsi pengalaman dengan rakannya dan mengaitkan kebolehan membaca dengan pencapaian lisan ataupun tulisan  
  • Oleh itu, secara tidak langsung pelajar dapat memperkembangkan penguasaan bahasanya secara semula jadi Guru perlu mewujudkan aktiviti kelas yang membolehkan pelajar berinteraksi dengan pelajar lain   
  • Frepon (1995) pengajaran berasaskan bahasa menyeluruh menggalakkan penghasilan cerita daripada pelajar.  
  • Cerita yang dibina membantu pelajar memperkambangkan konsep kendiri pelajar denga membina karya yang dihasilkan oleh mereka
Pendekatan Membaca berasaskan bahan kesusasteraan  
  • Bahan kesusasteraan banyak membantu pelajar dalam membaca  
  • Pembacaan pada peringkat awal banyak menekankan bahan-bahan kesusasteraan seperti puisi, pantun, sajak  
  • Bahan sastera  yang digunakan pada peringkat awal membaca mendorong pelajar memahami dengan lebih meluas aspek bahasa yang terkandung seperti dalam struktur ayat atau perbendaharaan kata  
  • Bahan puisi banyak mendorong pelajar terus membaca melalui keindahan bahasa yang digunakan
Pendekatan Pembacaan Lisan
  • Guru membacakan cerita kepada kelas dan pelajar mengikuti bacaan guru secara kuat 
  • Mereka berbincang berkenaan cerita dan membacanya sekali lagi
  • Melalui pendekatan ini, guru memilih perkataan dan frasa secara individu serta menekankan pembacaan lisan
Pendekatan Pembacaan Asas
Beberapa perlu diberikan perhatian apabila guru menggunakan pendekatan ini
 Memperkembangkan konsep latar belakang membaca dan perbendaharaan 
         kata sebelum membaca
  Mahir mengemukakan soalan semasa membaca senyap bagi mengenal 
         pasti dan menghapuskan kekeliruan serta bagi meningkatkan pemahaman 
         pelajar
  Penegasan lebih khusus ke atas kemahiran mendengar bahasa berbanding 
         membaca secara lisan

Pendekatan Mengajar Bacaan Peringkat Awal
  • Terdapat beberapa pendekatan mengajar membaca peringkat asas:
  Pendekatan Binaan (Sintetik)

 Kaedah abjad: Murid-murid perlu dilatih menyebut dan menghafal huruf daripada 'a' hingga 'z'.Murid mengeja suku kata dan perkataan, huruf-huruf yang terkandung dalam suku kata dan perkataan
 Kaedah suku kata: Lanjutan daripada kaedah abjab. Penekanan kepada dua jenis huruf iaitu vokal dan konsonan
Kaedah fonik: Lebih menekankan kepada mengetahui bunyi-bunyi huruf 

  Pendekatan Cerakinan (analitik)

        Kaedah perkataan: Perkataan diperkenalkan  menggunakan kad perkataan atau kad imbasan
  Kaedah ayat dan cerita: Menekankan ayat sebagai unit yang bermakna dalam bacaan. Lebih tumpu kepada bahan berbentuk cerita.
  
Pendekatan PEBAS (Pendekatan Bacaan Asas Pusat Perkembangan Kurikulum)

  Pendekatan Gabungan Bunyi Kata
  1. Guru memperkenalkan huruf vokal 'a', 'i' ataupun 'u' dan latihan membunyikan.
  2. Perkenalkan huruf konsonan dan bunyikan dengan jelas
  3. Gabungkan huruf konsonan dan vokal
  4. Bina frasa dan ayat
Pendekatan Abjad- suku kata
  1. Murid mengenali huruf dan hubungannya dengan bunyi
  2. Huruf konsonan digabungkan dengan huruf vokal supaya menjadi suku kata
  3. Unit-unit kecil digabungkan dengan vokal supaya menjadi suku kata



Kalau Anda Suka Entry Ini Like dan Comment

0 ulasan:

Catat Ulasan