Penghargaan yang tidak terhingga ini kami tujukan khasnya kepada Dr Mohd Rashid bin Haji Md Idris iaitu pensyarah bagi kursus ketrampilan membacakerana sudi menyampaikan ilmu kepada kami untuk dimanfaatkan pada masa akan datang. Sesungguhnya segala ilmu yang dicurahkan itu tidak terhitung nilainyakepada kami terutama ilmu yang berkaitan dengan ketrampilan membaca ini. Selain itu,beliau juga banyak memberikan tunjuk ajar kepada kami dalam proses untuk menyiapkan blog ini.
Penghargaan ini juga kami tujukan untuk ahli kumpulan kami iaitu en Rasyid, Cik Fatin dan Cik Dila kerana usaha masing-masing dalam menyiapkan blog ini sepenuhnya. Kerjasama yang erat antara ahli kumpulan telah membolehkan blog ini disiapkan dengan jayanya.alhamdulillah..Betullah kata pepatah kerja yang susah menjadi mudah jika kita saling berkerjasama ibarat 'berat sama dipikul ringan sama dijinjing'.
Seterusnya untuk rakan-rakan kumpulan G bagi kursus ketrampilan membaca yang juga banyak membantu memberikan komen sertacadangan penambahbaikan blog bagi kumpulan kami. Sesungguhnya segala cadangan, dorongan, komen serta kata-kata semangat yang telah diberikan amat kami hargai dan didahulukan dengan jutaan terima kasih...
0 ulasan:
Catat Ulasan